Saturday 7 November 2015

KURSUS JAHITAN SIRI 2

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca kisah-kisah yang ummi catatkan di sini.

Alhamdulillah kerana ummi masih diberi kesempatan muncul di blog ini. Hari ini ummi akan menyambung semula kisah ummi mengikuti kursus menjahit yang mengambil masa selama setahun ini. Sehingga ke bulan oktober ini, ummi telah berjaya menyiapkan beberapa projek bulanan dan projek tambahan. Kali ini ummi akan memaparkan koleksi projek-projek tersebut. 

Projek-projek yang perlu ummi jalankan selama setahun ini sebanyak 24 projek. Bagaimanapun, di dalam setiap projek, disediakan projek mini bertujuan untuk melatih agar mahir terlebih dahulu sebelum menjahit projek utama. Jadi, sekiranya kita  ingin menguasai semua asas-asas jahitan, maka kita perlu menyiapkan kesemua projek iaitu 24 projek utama dan 24 projek mini. Bagi setiap pelatih yang berjaya menyiapkan 12 projek, layak mendapat sijil kemahiran tahap 1. Sekiranya kita mampu membayar yuran tahunan, kita boleh menyambung kursus untuk sijil tahap 2 dan 3. Setiap projek perlu dibeli di pusat epal di mana2 berdekatan.

Setakat bulan Oktober, ummi telah berjaya menyiapkan beberapa projek bulanan dan projek tambahan yang diperkenalkan setiap bulan. Rasa cukup gembira  bila satu-satu projek tersebut dapat disiapkan dengan jayanya walaupun tidak sehebat tukang jahit mahir. Sekurang-kurangnya ada peningkatan dalam bidang jahitan.



Berikut adalah projek-projek bulanan dan tambahan yang telah ummi siapkan.

BULAN JANUARI






TAMBAHAN

-BEG STRAWBERI DAN BEG ECO-MUM



  • Beg strawberi sebelum dan selepas dibuka. 

BULAN FEBRUARI

















BULAN MAC

















BULAN APRIL





BULAN MEI

















  • Projek sarung bantal kusyen ini disertakan bersama dengan alas meja bulat 2 lapis. Ummi tidak dapat menyertakan gambar kerana tidak ada meja bulat yang sesuai. Untuk langsir tersebut, sepatutnya ada projek sarung belakang kerusi. Namun cikgu tidak dapat membantu kerana polanya telah hilang. Kalau berminat, boleh je ukur pada belakang kerusi meja makan. 


BULAN JUN














  • Bulan Jun, ummi tidak sempat menyiapkan projek mini kerana sibuk dengan projek tambahan menjahit jubah dan baju melayu. Projek mini yang disertakan adalah baju kurung kanak-kanak bermanik dan skarf bermanik.


    PROJEK TAMBAHAN






















    BULAN JULAI



    PROJEK TAMBAHAN











































    BULAN OGOS




    Setakat inilah dulu yang dapat ummi paparkan di blog ini. InsyaAllah, bila semua projek ummi siap, ummi akan menulis di dalam siri yang ke 3.

    Sekian. Terima kasih





    Monday 6 April 2015

    KURSUS JAHITAN 2015

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia dan diberi kelapangan masa untuk mencatatkan segala kenangan di tahun 2015. Setelah hampir 3 bulan berlalu, ummi ingin menceritakan aktiviti baru ummi setelah anak bongsu ummi memasuki usia 8 tahun.

    Awal tahun 2015, ummi mula menghadiri kursus jahitan di  Pusat  Epal di  Kuantan. Setelah hampir berusia 49 tahun, akhirnya ummi diberi peluang dan rezki oleh Allah untuk mengikuti kursus di sana. Sebelum ini ummi hanya menjahit tanpa teknik dan cara yang betul. Kursus ini sebenarnya untuk memenuhi masa lapang anak perempuan sulong yang sedang menunggu keputusan SPM. Kursus ini boleh dihadiri oleh ibu dan anak. Jadi bila ada peluang dan masa, kami terus mengambil peluang ini. Kebetulan kakak ummi yang sudah mengambil tempahan menjahit cadar dan langsir telah membeli mesin jahit dan pernah menghadiri kursus mengajak ummi melawat cawangan Epal di sini. Bila mendengar penerangan dan ditambah dengan pengalaman kakak ummi dan dengan persetujuan encik abah, akhirnya kami bersetuju membeli mesinjahit dan mengikuti kursus tersebut.

    Pusat Epal menawarkan berbagai2 pakej kursus mengikut kemampuan kita. Di sini, ummi cuma ingin berkongsi pakej yang telah ummi sertai dengan anak ummi. Pakej yang ummi ambil ialah pakej "From Zero to Hero". Pakej ini disediakan untuk sesiapa sahaja yang tidak mempunyai asas menjahit. Harga pakej ini semasa awal Januari harganya rm2449. Bayaran terpulang kepada kemampuan samada secara tunai, ansuran atau kad kredit. Boleh berbincang dengan Pusat Epal. Pakej yang ditawarkan ini termasuk Mesinjahit Janome 2049, 20 tapak jahitan, cd jahitan, 24 buku2 projek jahitan untuk setahun dan pola2 serta kursus jahitan selama setahun. Bahan2 untuk projek jahitan setiap bulan perlu dibeli sendiri. Peserta kursus perlu menyiapkan 12 projek selama setahun untuk melayakkan diri mendapatkan sijil tahap 1. Kalau ada budget dan banyak masa, boleh beli 2 bahan projek untuk sebulan. Budget lebih kurang rm300 sebulan untuk bahan2nya. Kelas yang kita ikuti bukan seperti ke kelas menjahit yang biasa kita hadiri tetapi bergantung kepada masa lapang kita dan projek mana yang kita nak buat dalam bulan tersebut. Sekiranya kita bermasalah, kita boleh rujuk kepada guru2 yang terlibat. Waktu kelas dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang.

    Alhamdulillah setelah 3 bulan, banyak tip dan teknik menjahit yang ummi perolehi. Ummi hanya berkunjung ke sana bila ada masalah atau perlu bantuan guru. Selebihnya ummi banyak menyiapkan tugasan di rumah. InsyaAllah, di lain siri, ummi akan sertakan gambar projek jahitan yang telah ummi siapkan untuk tatapan para pembaca yang berminat dalam bidang jahitan.

    Sekian. Wassalam.