Wednesday 16 November 2016

Dapur Elektrik bahagian 2.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman hidup selama separuh abad kini.

Dari ruangan dapur elektrik yang lepas, ummi hanya bercerita tentang pengalaman baru ummi menggunakan dapur elektrik. Hari ini ummi akan berkongsi pengalaman selepas beberapa tahun ummi menggunakan dapur tersebut.

Untuk pengetahuan, ummi hanya menggunakan dapur elektrik tungku satu sahaja. Dapur tersebut digunakan untuk memasak lauk berkuah dan menggoreng nasi, sayur dan ikan sahaja. Ummi menggunakan periuk elektrik deep fryer untuk menggoreng ayam kerana lebih cepat dan minyak tidak merebak merata dapur. Periuk tefal untuk deep fryer disertakan gambar pada ruangan dapur elektrik. Memang berbaloi kalau memasak serentak. Kerja lebih cepat. Untuk deep fryer, kita perlu menggunakan minyak yang banyak tetapi berbaloi sebab boleh menggoreng beberapa kali. Cuma kena pastikan periuk tersebut tidak mempunyai banyak keladak sisa2-sisa ayam. Pandai2 bahagi masa untuk mencuci periuk tersebut. Periuk tefal ini bukan sahaja untuk menggoreng tenggelam tapi boleh juga digunakan untuk beberapa fungsi. Cuma ummi hanya khususkan untuk menggoreng ayam. Kalau terdesak, boleh juga digunakan untuk merebus, menumis, memanas makanan dan lain2.





Periuk ini boleh disetkan masa memasak. Masa ditunjukkan pada pemegang tutup periuk.  Ayam lebih cepat masak berbanding dengan periuk biasa. Minyak tidak merebak merata dapur. Jelaga dari asap api memasak pun tidak ada lagi berbanding menggunakan dapur gas.

Setelah beberapa tahun menggunakan periuk di atas dan dapur elektrik, bil elektrik tidak begitu meningkat. Disebabkan  waktu memasak lebih singkat, jadi kita tidak menggunakan tenaga elektrik lebih lama. Masa mengemas dapur pun lebih singkat kerana kurang berminyak. Ruang dapur pun tidak panas berbanding dapur gas. Anak-anak suka masuk ke dapur kerana sebelum ini mereka takut untuk menggunakan dapur gas. Ummi pun tidak begitu susah hati jika sekiranya bekalan tong gas habis semasa sedang memasak. Walaupun rumah ummi selang satu rumah dengan agen tong gas, namun sukar untuk mendapatkannya dalam waktu-waktu kritikal. Maklumlah, dia diperlukan oleh setiap pengguna  gas atau restoran. Kadangkala bekalan habis waktu pagi, petang baru boleh sampai. Ummi tidak suka menyimpan stok tong gas kerana tidak ada ruang yang sesuai.

Walaupun begitu, di sebalik kebaikannya ada keburukannya. Dapur elektrik ini tungku rata kerana dia menggunakan eletrik di dalam kawasan bulatan. Sekiranya kita hendak menggoreng nasi dengan banyak, memang agak sukar sedikit. Periuk atau tapak flat menyebabkan dia licin berbanding dengan tungku dapur gas. 

Pengalaman ummi menggoreng keropok kembang menggunakan dapur di atas agak mengecewakan. Memandangkan dapur tersebut mempunyai kepanasan tertentu, dia akan menjadi perlahan dengan sendiri. Keropok tidak dapat mengembang dengan baik. Jadi ummi membuat keputusan untuk menggunakan dapur gas satu tungku (portable) untuk menggoreng keropok dan menggunakan kuali yang tidak sesuai untuk dapur elektrik. Manfaatkan periuk-periuk yang ada. Dapur gas ini menggunakan tiub gas yang kecil sebesar tong penyembur ubat nyamuk sahaja. Lebih jimat ruang untuk penyimpanan. Ia juga boleh digunakan di saat bekalan elektrik terputus. Dapur tersebut boleh juga digunakan untuk aktiviti luar dan perkhemahan anak-anak di sekolah kerana sudah disediakan beg khas.

Kebelakangan ini berbagai-bagai peralatan elektrik di dapur yang lebih memudahkan urusan memasak di dapur. Kita boleh memilih untuk membakar, memanas, mengukus dan lain-lain. Terpulang kepada kewangan masing-masing. 

Semoga pengalaman ini dapat dikongsikan dan memberi manfaat kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan dapur elektrik (induction cooker). 

Sekian. Terima kasih.

Friday 4 November 2016

KURSUS JAHITAN SIRI 3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih bernafas di bumiNya ini. Meneruskan perjalanan sebagai hamba dan musafir sebelum dijemput kembali kepadaNya.

 Setelah bertungkus lumus dan dengan sokongan dari keluarga, akhirnya ummi telah berjaya menyiapkan 18 buah projek termasuk beberapa projek mini yng disediakan. Setiap projek yang siap akan dihantar kepada cikgu yang bertugas untuk diperiksa dan diberi markah di dalam buku kerja yang perlu dibeli dan  diminta menjawab soalan2 yang disediakan di dalam buku tersebut. Tujuannya untuk memastikan bahawa projek tersebut kita fahami dan bukan oranglain yang jahitkan. Kami perlu membawa semua 12 projek tersebut untuk pembuktian dan mengambil gambar yang akan dihantar kepada pihak pengurusan untuk pengiktirafan sijil. Alhamdulillah, akhirnya ummi berjaya mendapat sijil kemahiran Tahap 1. Di ambang usia 50 tahun, baru berpeluang mengikuti kursus secara formal walaupun cuma tahap 1.

Kali ini ummi akan berkongsi beberapa keping lagi gambar projek jahitan bulanan yang telah berjaya disiapkan selain daripada gambar-gambar dalam siri 2. Masih terdapat beberapa projek lagi yang masih belum siap sepenuhnya. Projek-projek ini mengambil masa yang lama kerana menggunakan kaedah cantuman(patchwork). Hanya orang yang minat, sabar, tekun, banyak masa terluang sahaja yang mampu menyiapkannya.

Tanggungjawab sebagai pengurus rumahtangga dengan anak-anak seramai enam orang memerlukan banyak pengorbanan harta, tenaga dan masa. Walaupun anak-anak ummi sudah semakin remaja, ummi tidak boleh fokus sekadar hobi menyiapkan projek-projek yang dipelajari. Ummi juga perlu menjahit dan menyiapkan pakaian keluarga dan keperluan rumahtangga. Permintaan keluarga perlu diutamakan. Sekurang-kurangnya walaupun ummi tidak menambah pendapatan, ummi mampu menjimatkan kos mengupah dan mengurangkan perbelanjaan keluar.

Berikut disertakan gambar-gambar projek yang telah ummi siapkan. Projek-projek mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pusat tersebut. Namun ummi terlambat menyiapkan mengikut jadual. Yang penting 12 projek yang telah berjaya disiapkan dalam masa setahun untuk melayakkan diri mendapat sijil kemahiran tahap 1.


BULAN OGOS

1. HIASAN DINDING KAPAL LAYAR DAN BAKUL KAPAL LAYAR



 2. JAM DINDING CANTUMAN DAN ALAS PINGGAN.






BULAN SEPTEMBER

1. BEG CORNUS DAN SARUNG TELEFON BIMBIT





2. HIASAN DINDING RAINBOW DAN DOMPET WANITA. 

     Projek ini ummi tidak sanggup membelinya kerana harganya agak mahal dan cantumannya paling kecil. Memerlukan komitmen yang tinggi. Terpaksa abaikan.



BULAN OKTOBER

1. GAUN SMOCKING KANAK-KANAK DAN 

2. BEG ROMBUS DAN ALAS PERIUK



BULAN NOVEMBER

1. BEG PATCHWORK BUNGA API DAN PEMEGANG PERIUK BUNGA API

    A. BEG BUNGA API

         PANDANGAN DARI BELAKANG



          PANDANGAN DARI DEPAN



  B. PEMEGANG PERIUK BUNGA API













2. CADAR BISKUT QUILT DAN BAKUL QUILT

   A. SARUNG BANTAL

 

  B. CADAR



PROJEK TAMBAHAN

1. BLOUSE KELAWAR


2. JUBAH ADRIANA



 3. KEYCHAIN DOREMON




BULAN DISEMBER

1.  KALENDAR BULANAN DAN SARUNG DIARI












2. BEG MAKANAN STRAWBERI DAN PELAPIK DAN PENUTUP GELAS

    A. BEG SEBELUM DAN SELEPAS DIBUKA.






  B. PELAPIK DAN PENUTUP GELAS