Alhamdulillah. Masih bernafas di bumiNya ini. Meneruskan perjalanan sebagai hamba dan musafir sebelum dijemput kembali kepadaNya.
Setelah bertungkus lumus dan dengan sokongan dari keluarga, akhirnya ummi telah berjaya menyiapkan 18 buah projek termasuk beberapa projek mini yng disediakan. Setiap projek yang siap akan dihantar kepada cikgu yang bertugas untuk diperiksa dan diberi markah di dalam buku kerja yang perlu dibeli dan diminta menjawab soalan2 yang disediakan di dalam buku tersebut. Tujuannya untuk memastikan bahawa projek tersebut kita fahami dan bukan oranglain yang jahitkan. Kami perlu membawa semua 12 projek tersebut untuk pembuktian dan mengambil gambar yang akan dihantar kepada pihak pengurusan untuk pengiktirafan sijil. Alhamdulillah, akhirnya ummi berjaya mendapat sijil kemahiran Tahap 1. Di ambang usia 50 tahun, baru berpeluang mengikuti kursus secara formal walaupun cuma tahap 1.
Kali ini ummi akan berkongsi beberapa keping lagi gambar projek jahitan bulanan yang telah berjaya disiapkan selain daripada gambar-gambar dalam siri 2. Masih terdapat beberapa projek lagi yang masih belum siap sepenuhnya. Projek-projek ini mengambil masa yang lama kerana menggunakan kaedah cantuman(patchwork). Hanya orang yang minat, sabar, tekun, banyak masa terluang sahaja yang mampu menyiapkannya.
Tanggungjawab sebagai pengurus rumahtangga dengan anak-anak seramai enam orang memerlukan banyak pengorbanan harta, tenaga dan masa. Walaupun anak-anak ummi sudah semakin remaja, ummi tidak boleh fokus sekadar hobi menyiapkan projek-projek yang dipelajari. Ummi juga perlu menjahit dan menyiapkan pakaian keluarga dan keperluan rumahtangga. Permintaan keluarga perlu diutamakan. Sekurang-kurangnya walaupun ummi tidak menambah pendapatan, ummi mampu menjimatkan kos mengupah dan mengurangkan perbelanjaan keluar.
Berikut disertakan gambar-gambar projek yang telah ummi siapkan. Projek-projek mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pusat tersebut. Namun ummi terlambat menyiapkan mengikut jadual. Yang penting 12 projek yang telah berjaya disiapkan dalam masa setahun untuk melayakkan diri mendapat sijil kemahiran tahap 1.
BULAN OGOS
1. HIASAN DINDING KAPAL LAYAR DAN BAKUL KAPAL LAYAR
BULAN SEPTEMBER
1. BEG CORNUS DAN SARUNG TELEFON BIMBIT
2. HIASAN DINDING RAINBOW DAN DOMPET WANITA.
Projek ini ummi tidak sanggup membelinya kerana harganya agak mahal dan cantumannya paling kecil. Memerlukan komitmen yang tinggi. Terpaksa abaikan.
BULAN OKTOBER
1. GAUN SMOCKING KANAK-KANAK DAN
2. BEG ROMBUS DAN ALAS PERIUK
BULAN NOVEMBER
1. BEG PATCHWORK BUNGA API DAN PEMEGANG PERIUK BUNGA API
A. BEG BUNGA API
PANDANGAN DARI BELAKANG
PANDANGAN DARI DEPAN
B. PEMEGANG PERIUK BUNGA API
2. CADAR BISKUT QUILT DAN BAKUL QUILT
A. SARUNG BANTAL
B. CADAR
PROJEK TAMBAHAN
1. BLOUSE KELAWAR
2. JUBAH ADRIANA
BULAN DISEMBER
1. KALENDAR BULANAN DAN SARUNG DIARI
2. BEG MAKANAN STRAWBERI DAN PELAPIK DAN PENUTUP GELAS
A. BEG SEBELUM DAN SELEPAS DIBUKA.
B. PELAPIK DAN PENUTUP GELAS
No comments:
Post a Comment