Monday 6 April 2015

KURSUS JAHITAN 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia dan diberi kelapangan masa untuk mencatatkan segala kenangan di tahun 2015. Setelah hampir 3 bulan berlalu, ummi ingin menceritakan aktiviti baru ummi setelah anak bongsu ummi memasuki usia 8 tahun.

Awal tahun 2015, ummi mula menghadiri kursus jahitan di  Pusat  Epal di  Kuantan. Setelah hampir berusia 49 tahun, akhirnya ummi diberi peluang dan rezki oleh Allah untuk mengikuti kursus di sana. Sebelum ini ummi hanya menjahit tanpa teknik dan cara yang betul. Kursus ini sebenarnya untuk memenuhi masa lapang anak perempuan sulong yang sedang menunggu keputusan SPM. Kursus ini boleh dihadiri oleh ibu dan anak. Jadi bila ada peluang dan masa, kami terus mengambil peluang ini. Kebetulan kakak ummi yang sudah mengambil tempahan menjahit cadar dan langsir telah membeli mesin jahit dan pernah menghadiri kursus mengajak ummi melawat cawangan Epal di sini. Bila mendengar penerangan dan ditambah dengan pengalaman kakak ummi dan dengan persetujuan encik abah, akhirnya kami bersetuju membeli mesinjahit dan mengikuti kursus tersebut.

Pusat Epal menawarkan berbagai2 pakej kursus mengikut kemampuan kita. Di sini, ummi cuma ingin berkongsi pakej yang telah ummi sertai dengan anak ummi. Pakej yang ummi ambil ialah pakej "From Zero to Hero". Pakej ini disediakan untuk sesiapa sahaja yang tidak mempunyai asas menjahit. Harga pakej ini semasa awal Januari harganya rm2449. Bayaran terpulang kepada kemampuan samada secara tunai, ansuran atau kad kredit. Boleh berbincang dengan Pusat Epal. Pakej yang ditawarkan ini termasuk Mesinjahit Janome 2049, 20 tapak jahitan, cd jahitan, 24 buku2 projek jahitan untuk setahun dan pola2 serta kursus jahitan selama setahun. Bahan2 untuk projek jahitan setiap bulan perlu dibeli sendiri. Peserta kursus perlu menyiapkan 12 projek selama setahun untuk melayakkan diri mendapatkan sijil tahap 1. Kalau ada budget dan banyak masa, boleh beli 2 bahan projek untuk sebulan. Budget lebih kurang rm300 sebulan untuk bahan2nya. Kelas yang kita ikuti bukan seperti ke kelas menjahit yang biasa kita hadiri tetapi bergantung kepada masa lapang kita dan projek mana yang kita nak buat dalam bulan tersebut. Sekiranya kita bermasalah, kita boleh rujuk kepada guru2 yang terlibat. Waktu kelas dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang.

Alhamdulillah setelah 3 bulan, banyak tip dan teknik menjahit yang ummi perolehi. Ummi hanya berkunjung ke sana bila ada masalah atau perlu bantuan guru. Selebihnya ummi banyak menyiapkan tugasan di rumah. InsyaAllah, di lain siri, ummi akan sertakan gambar projek jahitan yang telah ummi siapkan untuk tatapan para pembaca yang berminat dalam bidang jahitan.

Sekian. Wassalam.