Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca kisah-kisah yang ummi catatkan di sini.
Alhamdulillah kerana ummi masih diberi kesempatan muncul di blog ini. Hari ini ummi akan menyambung semula kisah ummi mengikuti kursus menjahit yang mengambil masa selama setahun ini. Sehingga ke bulan oktober ini, ummi telah berjaya menyiapkan beberapa projek bulanan dan projek tambahan. Kali ini ummi akan memaparkan koleksi projek-projek tersebut.
Projek-projek yang perlu ummi jalankan selama setahun ini sebanyak 24 projek. Bagaimanapun, di dalam setiap projek, disediakan projek mini bertujuan untuk melatih agar mahir terlebih dahulu sebelum menjahit projek utama. Jadi, sekiranya kita ingin menguasai semua asas-asas jahitan, maka kita perlu menyiapkan kesemua projek iaitu 24 projek utama dan 24 projek mini. Bagi setiap pelatih yang berjaya menyiapkan 12 projek, layak mendapat sijil kemahiran tahap 1. Sekiranya kita mampu membayar yuran tahunan, kita boleh menyambung kursus untuk sijil tahap 2 dan 3. Setiap projek perlu dibeli di pusat epal di mana2 berdekatan.
Setakat bulan Oktober, ummi telah berjaya menyiapkan beberapa projek bulanan dan projek tambahan yang diperkenalkan setiap bulan. Rasa cukup gembira bila satu-satu projek tersebut dapat disiapkan dengan jayanya walaupun tidak sehebat tukang jahit mahir. Sekurang-kurangnya ada peningkatan dalam bidang jahitan.
Berikut adalah projek-projek bulanan dan tambahan yang telah ummi siapkan.
BULAN JANUARI
BULAN MAC
BULAN MEI
BULAN JUN
PROJEK TAMBAHAN
PROJEK TAMBAHAN

Sekian. Terima kasih
BULAN JANUARI
TAMBAHAN
-BEG STRAWBERI DAN BEG ECO-MUM
BULAN MAC
- Projek sarung bantal kusyen ini disertakan bersama dengan alas meja bulat 2 lapis. Ummi tidak dapat menyertakan gambar kerana tidak ada meja bulat yang sesuai. Untuk langsir tersebut, sepatutnya ada projek sarung belakang kerusi. Namun cikgu tidak dapat membantu kerana polanya telah hilang. Kalau berminat, boleh je ukur pada belakang kerusi meja makan.
BULAN JUN
- Bulan Jun, ummi tidak sempat menyiapkan projek mini kerana sibuk dengan projek tambahan menjahit jubah dan baju melayu. Projek mini yang disertakan adalah baju kurung kanak-kanak bermanik dan skarf bermanik.
PROJEK TAMBAHAN

Setakat inilah dulu yang dapat ummi paparkan di blog ini. InsyaAllah, bila semua projek ummi siap, ummi akan menulis di dalam siri yang ke 3.
Sekian. Terima kasih