Monday 26 August 2013

DAPUR GAS VS DAPUR ELEKTRIK


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wrh wbt.

Hari ini ummi ingin bercerita tentang kisah dapur gas dan dapur elektrik. Usia dapur gas ummi sudah berusia lebih 2 tahun tetapi apinya biru dan tidak ada masalah. Cuma kawasan sekitarnya sudah terkopak akibat terkena minyak dan air panas. Dapur gas mampu milik sebab harganya boleh didapati dalam berbagai harga. Terpulang kepada kita untuk memilih mengikut citarasa dan kemampuan kita. Memandangkan ia masih mampu berfungsi dengan baik, ummi tetap setia menggunakannya tanpa terdetik hati untuk menggantikan dengan yang baru.

Sehinggalah sebelum ummi balik berhariraya di kampung, ummi mencabut kepala gas. Malangnya bila ummi balik ke rumah semula memasang kepala gas balik, kedengaran bunyi gas keluar, tidak kemas. Kepalanya goyang. Jadi ummi tidak memasang dulu. Petangnya semasa ke kedai, ummi terus membeli kepala gas yang baru. Kepala gas tu ketat tetapi masih ada kedengaran bunyi gas keluar walaupun tidak sekuat sebelum yang lama.

Apabila abah balik, ummi minta dia tengokkan sekali. Keadaannya seperti itu juga. Abah sudah lama bercadang untuk menggantikan dengan yang baru tetapi menangguhkan dulu sementara kami berpindah ke rumah lain. Sekurang-kurangnya  apabila kami pindah, kami boleh menggunakan dapur gas yang baharu. Malangnya keadaan sebaliknya berlaku. Allah telah mengerakkan hati abah untuk menggantikan dengan dapur eletrik (induction cooker). Lagipun susah juga berurusan dengan pak cik gas. Malamnya, kami terus ke pasaraya dan kedai eletrik, mencari induction cooker yang sesuai.



Inilah hasil pencarian kami. Sebelum kami membeli model ini, kami berkenan dengan jenama phillip yang memaparkan banyak gambar tanpa merujuk buku menu, malangnya tiada stok. Kalau berkenan jugak, terpaksa membeli contoh yang dipamerkan. Lalu kami mengintai ke kedai elektrik yang lalu. Hasilnya kami hanya jumpa induction cooker electrolux, model yang ada dan yang disarankan oleh penjual. Butang yang mudah cuma terpaksa merujuk kepada menu sebelum mahir menggunakannya. Didatangkan khas dengan periuknya sekali. Ini percubaan pertama ummi menggoreng ayamas segera dengan rasa berdebar-debar kerana sebelum ini hanya memasak telur rebus atau maggi sahaja. Hanya anak sulong ummi  sahaja yang berani menggunakannya buat masa ini. Yang lain-lain cuma mengintai dari jauh sahaja walaupun biasa menggunakan oven dan microwave.


Satu fungsi untuk suhu kepanasan dan satu fungsi untuk tempoh memasak. Ummi dapati tempoh memasak mengambil masa yang singkat. Kalau menggoreng ayam, goreng pertama dengan kepanasan paling tinggi(9) , tempoh 10 minit,ayam sudah sedia diangkat. Gorengan kedua tidak sampai 10 minit sebab minyak sudah panas. Minyak ayam pun tidak melompat merata kerana semasa menggoreng, disarankan menutup periuk tersebut. Alhamdulillah, dapur pun tidak berminyak seperti dulu-dulu. Bahangnya tidak panas seperti menggunakan dapur gass. Ini hanya untuk sementara waktu sementara kami membeli periuk elektrik untuk menggoreng ayam dan kentang khas yang dinamakan deep fryer. Bagaimanapun disebabkan kita sudah biasa dengan dapur gas, rasa ketidak puasan memasak sebab dapurnya jenis seramik. Tidak seperti dapur gas yang bertungku. Periuk atau kualinya agak mahal sedikit berbanding dengan kuali yang digunakan pada dapur gas kerana tapaknya jenis yang ada lapisan tebal.

Cuti hujung minggu lepas, kami sempat pergi balik ke pasaraya untuk membeli deep fryer untuk jenis gorengan. Ummi cuba  mencari dalam internet tetapi jenama yang kami berkenan cuma ada di situ sahaja selain membeli secara online. Sempat juga membeli kuali sebiji kerana yang ada hanya digandingkan itu sahaja. Inilah rezeki kami memandangkan kami memasak hanya sekali sekala sahaja walaupun anak-anak ramai kerana makanan tengahari disediakan di sekolah.



Gambar ini diambil sebelum kotaknya dibuka sehari dibawa balik. Ummi belum bersedia menggunakannya. Rasa terharu dan rasa bersalah pun ada tetapi apabila abah sudah membelikannya, ummi perlu menghargainya dan menggunakannya sebaik mungkin.  Belum pasti berapa bil elektrik yang perlu kami bayar nanti. Nanti ummi akan update insyaAllah.


Inilah dia kuali dan deep fryer yang belum digunakan lagi. Baru membaca menu bagaimana menggunakannya. Deep fryer tersebut boleh digunakan untuk menggoreng tenggelam, memanas makanan, merebus, membuat sup dan macam- macam mengikut menunya. Cuma bakul tersebut hanya digunakan untuk menggoreng tenggelam. Kira periuk pelbagai kegunaan.



Itulah kisah dapur gas vs dapur elektrik. Syawal 2013 bersamaan dengan bulan kelahiran ummi ke 47, menyaksikan pertukaran dari dapur gas ke dapur elektrik. Bukan untuk menunjuk atau berbangga tetapi untuk pengetahuan anak-anak ummi dan sesiapa yang sudi membacanya. Memandangkan anak-anak ummi masih tertanya-tanya dengan pertukaran tersebut. Kata pepatah : Alah bisa tegal biasa. Walaubagaimana baik pun dapur elektrik, namun apabila kebiasaan kita menggunakan dapur gas menyebabkan kita rasa tidak puas memasak. Abah memberitahu kami semasa dia belajar di US 20 tahun yang lalu, dia sudah menggunakan dapur elektrik. Sememangnya kita pun telah menggunakan sudah sekian lama tetapi setakat periuk nasi, oven dan microwave, cerek elektrik sahaja. Jenis bangsa dapur eletrik yang menggunakan periuk dan kuali tersebut agak janggal bagi kita rakyat malaysia kerana kerana kebiasaannya kita mempunyai keluarga yang besar. Dikhuatiri terpaksa membayar bil elektrik yang banyak. Namun, kalau sudah rezeki ummi, ummi redha dan terima sahaja apa yang diberikan kepada ummi. Allah ilhamkan kepada suami ummi dan DIA tahu apa yang terbaik kepada ummi. Sentiasa bersyukur dan redha dengan ni'mat yang diberikannya. Semoga segala ibadah dan amalan kami diterima Allah swt, ameen.

51 comments:

  1. AS SALAM..
    singgah semasa mengugel dapur letrik :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Tq krn sudi singgah..berbaloi beli sebab dapur kemas dan tidak berminyak. Tidak perlu risau bila gas akan habis. Cuma kena bersedia bila bekalan elektrik terputus.

    ReplyDelete
  3. Salam.. nice info from you umi, sy tgh dapur letrik yg brand ok n hrga murah.. ade cdgan x? sy cri yg single cooker je, coz duduk sewa blik bujang je.

    ReplyDelete
  4. Wkslm. Maaf lama tak jenguk blog. Tak sangka ada yang berminat membaca blog ni..tq..utk pengetahuan adik, ummi jg guna induction cooker yg single je..kl dipasaraya byk jenama cuma yg nmpk ok jenama philip sbb dia byk butang ttp ms tu tak ada stok dan harganya lbh murah berbanding electrolux. Kl di kedai brgn elekrik yg ummi pergi tu cuma ada jenama electrolux je..dah terdesak tu,pejam mata je lah sbb masa terhad utk survey lama2. Setakat ni,alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. As salam...tq ummi..info yg best...boleh tak nak tahu pasal bil eletrik bulanan..pasru betul ker ada yg ckp rasa makansn b.beza dn msk ats dapur gas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ummi. Maaf, lambat jawab. Tentang bil elekrik ni, mungkin meningkat sikit tapi tak banyak sebab ianya bukan seperti oven. Dapur ni menggunakan kipas. Rasa makanan tu tiada beza sangat cuma kena biasakan diri dulu. InsyaAllah, ada masa ummi pos lebih detail tentang kebaikan dn kelemahan dapur letrik ni.

      Delete
  6. Assalamualaikum ummi..
    Sy nak tanya la. Kalau guna dapur induction ni, masih kena pasang hood jg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam uya.
      Maaf, ummi dah lama x jenguk blog ni. Ingatkan x de peminat. Ummi x pasang hood pun di rumah. Biasanya hood tu utk dapur gas. Terpulang kpd masing2 jugak. Dapur letrik tu kita boleh pindah ke mana2 je.

      Delete
  7. Assalammualaikum ummi..
    Perkongsian yg amat berguna untuk pengguna baru seperti saya..huhu..kalau boleh saya tau, ummi cari periuk untuk dapur elektrik tu dlm internet di mana ya?saya memang langsung tiada ilmu tentang dapur elektrik ni..takut tersalah beli rugi je..

    jemput singgah blog saya Resepi Udan goreng Berkrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nur.
      Maaf, ummi br teringat nak jenguk blog ummi yg dah lama bersawang ni. Lama x update story sbb busy dgn projek jahitan. Ummi hanya search mana2 blog yg ada pengalaman menggunakan dapur letrik. X ramai yg guna sebenarnya sbb dr pengalaman ummi, dapur ni agak cerewet sikit krn perlu menggunakan kuali dn periuk khas dn mahal. Kl utk dpt pengalaman, beli je yg murah2 dulu. Memang senang dn bersih dapur sbb x de kesan jelaga bwh dapur. Hanya cuci kesan percikan masakan kita je..utk masakan sikit2 dn simple tu oklah.

      Delete
  8. Assalam..brand induction cooker yg umi beli ni boleh digunakan oleh semua jenis kuali n periuk tak? or brand kuali n periuk tertentu shaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Jiha. Induction cooker ni brand mana2 pun memang menggunakan periuk dan kuali serta peralatan khas. Biasanya boleh dibeli di pasaraya atau menang glassware. Kena tengok tapak bawah dia untuk menentukan sesuai atau tidak. Biasanya, induction cooker didatangkan khas dengan periuk. Cuma bila kita nak tambah kuali atau tambahan tu yang agak cerewet. Ummi dah 2 kali beli kuali dan periuk yang dikatakan sesuai untuk ic tapi tak dapat detect dan tak boleh digunakan. Kena berhati-hati bila membeli kerana kadangkala penjual pun tidak pasti.

      Delete
    2. Jenama Eagle/crocodile stainless steel pun boleh...
      Saya beli dapur elektik kat econsave. Jenama Pensonic. Rega RM189 plus periuk percuma.
      Bukan semua stainless steel boleh masyuk (CAP AYAM), kena test.
      Caranya saya pergi tempat saya beli, kan ada dapur contoh. Onkan letrik dan test (skejap je dlm 2 second). Kalau dia baca, oklah. Kalau dia error, periuk tu tak sesuailah. Yang penting, base dia (bontot periuk). Mestilah boleh dibaca oleh dapur sbb sistem kawalan keselamatan dia tinggi, mana yang tak sesuai dia reject.
      Periuk paling bagus sekuarang-kurangnya 3 ply (lapisan) supaya kalau masak tak hangus. Pandai-pandailah main suhu. Senang jer.

      Delete
    3. Tq fasal info tu. Nnti boleh tambah koleksi.

      Delete
  9. Assalam, umi nice info tntg dapur elektrik, sy cuma nk tnya mcmna dgn bil elektrik? Adakah melambung naik ataupn mcm biasa sahaja. Mohon tnjk ajar dari umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi melawat blog ummi. Berdasarkan pengalaman, bil elektrik tidak banyak bezanya... sepertimana kita menggunakan periuk nasi elektrik. Kalau penggunaannya berlebihan, maka bil elektriknya juga akan meningkat. Tetapi lebih menjimatkan berbanding oven :)

      Delete
    2. Kawan ckp lebih murah bil elektriknya jika dibandingkan dengan guna gas dapur, btl ker?

      Delete
    3. Maaf, dah lama tak buka blog ni. Susah juga nak buat perbandingan. Bergantung juga pada budget dan keselesaan pengguna. Kena cuba sendiri, baru tahu. Apa2 pun ada pro dan kontra.

      Delete
  10. Assalamualaikum. Sy ni asalnya tak berminat dengan dapurq induction. Tapi kelmarin pergi Home Deco di PISA. Tujuan asal nak survey peti ais. Tersangkut lebih kurang 1 jam di tempat jualan dapur induction jenama sincero akhirnya sy beli jenis 3 burner termasuk 1 utk seramic dgn rm3200 plus electric pressure cooker n 1 set stainless steel cookware utk dapur induction. Sy tak pasti bila akan mula menggunakannya Risau juga mungkin bil elektrik akan tinggi. Sekarang ni sy tengah cari n baca pengalaman mereka yg menggunakannnya. Terima kasih ummu wan kerana sy telah membaca pengalaman ummu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi singgah. Semoga ilmu yang sedikit dapat dikongsikan bersama. InsyaAllah, bil letrik bergantung kepada kekerapan kita memasak. Cuma berbeza dgn penggunaan oven yg menggunakan letrik yg banyak.

      Delete
  11. Asalamualaikum... sy ada beli daput letrik arezzo... tp x semua periuk bleh guna, mnk guna pun x reti gak.. ummi bleh x jelaskn jenis periuk yg boleh n x boleh..... buntu dh nie, sbb sy beli secondhand kt online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf sbb lambat jawab. Harap dapat penjelasan dari komen en krengge 13 may di atas.

      Delete
  12. Assalamualaikum ummi
    Sy dh beli induction cooker tu 3 tahun lepas. Tp still xguna lg sbb asyik pindah randah. Now dh ada rumah sendiri. Tp was2 pulak nk pakai sbb takut bill bnyk n menyusahkan pulak dimasa akan dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam syeilla. Tq krn sudi singgah. Bil letrik tdklah byk sgt. Byk kelebihan menggunakan ic ni..Bolehlah cuba sbb dah ada tu..

      Delete
  13. Induction dgn top ceramic saja bole bebas guna apa2 periuk asalkan bontot periuk flat. Kalau bukan ceramic, kena guna periuk dia saja. Tu pasal dapat periuk free.
    Kalau guna periuk lain, kena try n error, dia panaskan tak periuk tu. Periuk yg sesuai akan panas lah.
    Ni salesman ckp, tadi g beli induction cooker brand milux. K

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas info. Ummi cadangkan semasa membeli periuk, elok cuba di kedai tersebut. Pengalaman ummi sendiri, walaupun bontot flat, penjual kata boleh dan info pada kotak diberitahu sesuai untuk ic, tetap juga tidak panas.
      Contoh kuali shogun dalam gambar di atas tu.

      Delete
  14. Ape beza induction dgn electronic cooker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, tak tahu pulak ada electronic cooker. Mungkin ada sahabat2 lain yang boleh bg info.

      Delete
    2. Induction (bagi kes dapur elektrik) adalah teknologi paling terkini berbanding dapur elektrik jnis coil/ filamen sebagai pemanas sbb membazir tenaga elektrik. Kedua, dapur ceramic, tapi juga membazir penggunaan haba.
      Sementara induksi hnya memanaskan haba pd bontot periuk sahaja dan tidak menyebar haba ke tempat lain. Sebab tu bila kita sentuh petmukaan kaca srmasa sedang memasak, ianya tidak panas. Hanya yang kena bontot periuk/kuali shj yg panas.
      Periuk kuali yg kualiti pula jika kita masak guna induction, bhgn lain kita sentuh tak panas. Saya sentuh bhgn atas n tepi kuali periuk ianya tak panas.
      Itulah maksudnya induction cooker hanya berfungsi pada bontot kuali.periuk sahaja. Belilah periuk kuali yg bontotnya 3 ply/lapisan. Contohnya masa saya beli jenama pensonic, dpt periuk percuma. Memang kualiti periuk dia.

      Delete
    3. Ok. Tqvm. Semoga ramai pembaca yang dapat penjelasan dari Encik Krengge.

      Delete
  15. Assalam boleh ke guna kuali aluminium utk cooker letrik ni..umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm. Maaf yer..dah lama tak buka blog ni..tq krn sudi baca. Kuali aluminium boleh guna cuma kena pilih yang sesuai dgn dapur letrik ni..cuba baca jwpn2 dari sahabat2 sebelum ni.

      Delete
  16. Timakaseh share info sgt berguna untuk yg baru nk guna dapur letrik spt sy..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur kerana dapat berkongsi pengalaman. Semoga bermanfaat.

      Delete
  17. Salam sy baru bli dapur eletrik sincero ok ke... first time nk guna ok ke jenama sincero ni... ada sesiapa penah guna x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih sbb sudi singgah. Tak pernah dengar jenama tu. Sekarang ni macam2 jenama ada tetapi fungsinya lebihkurang je.

      Delete
    2. Dah 2 thn pkai sincero ke? Cer komen skit

      Delete
  18. hi pn juhaiza.. sy pon jengah bloq ni sbb nk tgk psal ic... sy pon bru beli brand sincero...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Puan Nor sbb sudi baca dan tinggal komen kat blog ummi ni. Bolehlah nanti berkongsi pengalaman menggunakan ic sincero dgn Puan Ju. Ummi sekarang sudah menggunakan ic philips. InsyaAllah, ada masa akan diposkan utk perkongsian bersama.

      Delete
  19. Saya mencr2 terjumpa. Blog ni. .Tqvm. Puan.. Sgt membantu sbb saya dh xlarat nk. Angkat tong gas.. Heheh.. Kena ajar mak. Lah cara gunakan dapor lektrik lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdlillah..Semoga review ni bermanfaaat kepada sesiapa yang berminat menggunakan dapur elektrik. Ummi pun beralih kepada dapur elektrik ni kerana masalah tong gas jugak.

      Delete
  20. saya pun minat guna dapur elektrik ni Umi. Tapi masih bekira2 dgn bil letrik. Ada beza ka guna periuk bertekanan tinggi dgn dapur letrik ni. Ada sesiapa berpengalaman? setakat ini masak apa pun saya guna periuk noxxa.Sbb selalu blk hujung minggu je ke kg.

    ReplyDelete
  21. Maaf, lambat balas sebab jarang buka blog. Terima kasih kerana sudi singgah blog ni. Ummi pun ada menggunakan periuk tekanan tinggi. Periuk ni lebih senang memasak jenis yang berkuah dan menggunakan laukpauk yang lambat masak. Ummi guna dapur letrik ini untuk memasak yang cepat masak. Bil letrik bergantung kepada kekerapan kita memasak. Setahu ummi, oven menggunakan letrik yg banyak.

    ReplyDelete
  22. utk guna dapur elektrik ni..mmg kena guna periuk khas ya?xleh guna periuk biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat balas. Jarang tengok blog. Dapur eletrik ni kena guna periuk khas. Sekarang banyak dijual online. Cuma cari periuk untuk induction. Macam-macam pilihan ada. Baca komen-komen sebelum ni. Ada ramai yang bagi maklumat berdasarkan pengalaman mereka. Tq.

      Delete
  23. assalamualaikum puan, saya berminat utk hubungi puan dan bercakap berkenaan dapur induction. saya ni surirumah dan berminat nak beli dapur induction tapi was was pelbagai perkara. boleh kita WhatsApp? email saya hitori.julia@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih sebab sudi baca blog ummi. Tak banyak perbezaan berbanding dengan dapur gas. Ok. Nanti ummi email bila kelapangan, insya Allah.

      Delete
  24. assalam, boleh tak nak tanya kalau nak goreng corndog cheese sendiri dekat dapur elektrik suhu dia berapa? saya masih sekolah lagi taktau hehe

    ReplyDelete
  25. Dapur gas dgn ic cooker mana yg lebih mudah and senang? Gas lebih jimat cost or lebih kurang ja ic dgn dapur gas

    ReplyDelete
  26. Saya juga br menggunakan i duction cooker. Tp bukan tiap3 hari masak. Vuma nak tau bil letrik byk tak pbezaan bila pakai IC cooker? Tq

    ReplyDelete