Friday 11 April 2014

PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum.

Salam sayang untuk semua.

Hari ini ummi mahu bercerita tentang pendidikan anak-anak. Rasanya semua orang menghadapi berbagai-bagai ujian di dalam mendidik anak-anak. Namun, setiap ujian itu akan dapat di atasi dengan ilmu, pengalaman dan kesabaran. Doa yang tidak putus kepada Allah swt.  Pengalaman dan cara mendidik anak2 pula bergantung kepada ibubapa sendiri. Apa yang penting, ianya berlandaskan Al quran dan sunnah. Berceramah,berdiskusi dan bercakap memang senang tetapi bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak perlu mengambil kira personaliti anak--anak, berfikir dengan kreatif bagaimana cara untuk  menangani ujian-ujian di dalam proses mendidik anak-anak.

Justeru itu bila ummi berada di kalangan masyarakat, ummi dapat merasakan betapa ilmu pengetahuan cukup penting terutamanya kepada ibubapa terlebih dahulu. Bukan sekadar ilmu akademik tetapi juga ilmu agama. Terkini, kebanyakan ibubapa berkelulusan tinggi dan bekerja di sektor awam dan swasta. Bagi yang bekerja, kuantiti masa amat terhad untuk bersama anak-anak. Pendidikan anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru-guru ugama. Bila tiba masa, mereka menghulurkan bayaran atas budi baik mengajar anak-anak mereka. Bagi ibu-ibu yang tidak bekerja pula, sekiranya mereka boleh mengajar anak-anak mereka, itu adalah satu bonus buat mereka. Namun, tidak semua ibu-ibu yang mampu mengajar anak-anak mereka sendiri. Ada segelintir dikalangan mereka sendiri pun  tidak mampu membaca dengan lancar. Di saat anak-anak mencari guru-
guru atau ustaz ustazah untuk mengajar dan membimbing  mereka, ibu-ibu juga baru mula belajar balik apa yang telah dipelajari di masa lalu. Kesedaran dikalangan ibu-ibu baru muncul bilamana anak-anak dan cucu-cucu telah mula dewasa dan membesar.

Di sini ummi lebih cenderung kepada pendidikan agama terutamanya al quran, bahasa arab dan jawi. Di era 70, 80 an, kebanyakan pelajar2 tidak disediakan kelas kafa di sekolah kerajaan. Kepada pelajar-pelajar yang mempunyai peluang atau rajin akan hadir mengaji Al quran di surau-surau dikampung. Adakalanya dengan pemantauan ibubapa menyebabkan anak-anak hadir ke surau-surau untuk mengaji. Itu pun sekadar melancarkan bacaan panjang dan pendek. kami tidak pernah diajar hukum-hukum tajwid yg pelbagai. Di sekolah, terdapat subjek pendidikan islam tetapi hanya sedikit sahaja. Begitu juga dengan subjek jawi. Subjek bahasa arab langsung tidak ada dalam sukatan. Jadi, terpulanglah kepada pelajar- pelajar sendiri untuk mencari ilmu-ilmu tersebut dengan lebih mendalam selepas tamat sekolah. Berbeza dengan keadaan pelajar-pelajar sekarang. Di sekolah, mereka diajar dengan         subjek pendidikan islam.  Untuk tahun  1 2007 ini, silibus di dalam buku teks mereka terkandung siri menbaca al quran  dari iqrak,hukum tajwid dan bacaan surah-surah pendek, pelajaran jawi, aqidah, ibadah, sirah dan adab. Subjek bahasa arab pun disediakan. Itu pelajaran di sekolah. Sekiranya pelajar hadir kelas kafa, mereka akan mempraktikkan pelajaran yang mereka pelajari di waktu petang. Pelajar-pelajar sekarang ini sudah banyak didedahkan dengan pelajaran agama. Apa yang penting, mereka belajar  bersungguh-sungguh supaya setiap apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan. Semuanya itu amat penting dalam kehidupan seharian.

Walaubagaimana bagus sekalipun silibus di sekolah, namun sekiranya anak-anak tidak dipantau di rumah, mereka akan ketinggalan. Mereka perlu di beri bimbingan dari ibubapa terutama berkaitan disiplin dan adab sopan dalam kehidupan masyarakat. Kita tidak boleh menyerahkan tugas mengajar, membimbing dan menjadikan anak-anak cemerlang dunia akhirat di bahu guru2 dan ustaz ustazah. Mereka hanya menunjuk ajar dengan bilangan pelajar2 yang ramai. Sekiranya tugas tersebut diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru, tidak mustahil anak-anak akan tercicir dari sistem pendidikan yang telah disediakan. Kerjasama dari ibubapa dan guru-guru penting untuk memastikan generasi akan datang celik ilmu baik  ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Merekalah bakal mewarisi kesinambungan kehidupan kita di masa akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin yang akan memimpin generasi akan datang. Kita perlu mendidik  mereka agar menjadi insan yang berilmu, beriman, berakhlaq mulia dan beramal soleh. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

No comments:

Post a Comment